Malam Pertama di Alam Kubur

MALAM PERTAMA ANDA DALAM KUBUR

Jumat, 28 Maret 2008

KUBUR BERKATA

KUBUR BERKATA SEWAKTU
SEWAKTU JENAZAH FATIMAHAZZAHRA
HENDAK DIKEBUMIKAN.


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah
diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami
bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak
Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang
bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia
akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan
terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur
hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan
membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
2
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari
kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur,
walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan
Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang
kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu
mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang
dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada
hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan
takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat
Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku
boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat
menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang
akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-
Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Tidak ada komentar: